1. Jika berjalan, dari belakang
kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat,
konon wanita ini adalah wanita yang tidak
jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain. Wanita
yang berjalan seperti ini juga terkenal
dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita
ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.
Padahal, wang yang dimilikinya itu masih
banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil
hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh
ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan
rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti
ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya
akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab,
wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian
yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini
hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke
kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang
sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah
yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang
suka ambil mudah ini, banyak persoalan
yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri.
Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur
oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya,
ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya.
Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga
perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.