Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali
menerusi penampilan fizikal mereka.
Selalunya mereka yang punya semangat
tinggi dalam hidup akan sering kelihatan
kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok.
Dia juga seorang yang lebih suka memendam
rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,
tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi
sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga
yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat
akibat penat bekerja dan melakukan segalanya
begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi
sebenarnya mereka ini seorang yang sangat
bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja
keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh
bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu
tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka
yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan
hubungan itu tidak berjaya seperti yang
sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh
menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai
bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa
yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan
suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari
segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya
juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu
terdiri dari-pada gadis-gadis.Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu,
dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai
sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin
hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi
beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak
mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang
sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk
menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis
buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang
boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul
sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga
tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat
dengan keluarga sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan
sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka
mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka.
Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup
melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat,
semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah
bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya
terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya
perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan
menarik dan up to date.Biarpun kadangkala mereka
tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa,
tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan.
Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya
pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta
berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah.
Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan
berkeluarga.Hanya mementingkan keseronokan hidup
saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang
teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana
penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan
mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah!
Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin
menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang
masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia
dah veteran!

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja,
taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi
mereka agak suka memerintah orang lain menuruti
kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak
mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan
yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang
baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah
segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan
sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga
bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka
berfikir secara logik dan rasional. Bagi
dirinya kerjaya adalah perkara yang paling
penting dalam hidup. Dia juga pentingkan
kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan
hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan
mengatakan bahawa mereka tak merancang
untuk membina keluarga dalam masa yang
terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya
dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia
akan memilih wanita yang pandai berdikari
sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu
tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan
mementingkan diri sendiri berbeza dengan
lelaki korporat yang berfikiran rasional.
Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras
ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan
parking kereta dan tempat di mana kutu rayau
selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan
suami kerana perangainya memang kekeparatan dan
asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta
atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan
untuk membeli najis dadah dan sebagainya.
Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.