1) Kenapa lelaki selalu kata
nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia
ambil berat, dia cintakan anda,
inilah biasanya definisi cinta
bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak,
bila aku kerja kuat dan ada
pendapatan yang stabil, aku,
pasangan dan keluarga aku akan
hidup dengan selesa, semua ini
sebab aku sayang, cinta dan
ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa
yang dijanjikan, mungkin dia sibuk,
terlupa atau anda boleh tuduh/kata
atau rasa anda seolah-olah tak penting
dalam hidup dia. Namun itu TIDAK
bermakna dia tak cintakan anda!



2) Lelaki tak suka anda bersikap
seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik,
jaga semua keperluan dia hingga ke
perkara yang kecil-kecil. Banyak benda
yang dia boleh buat sendiri dan anda
boleh/perlu memberi sokongan untuknya
melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu!
Kalau anda bersikap seolah-olah ibu
yang menjaga segalanya untuk dia,
percayalah dia akan mula mencari
cinta yang lain.



3) Perasaan harga diri lelaki antaranya
datang dari kejayaannya dalam karier
dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda
memberikan masa, peluang dan ruang
untuk dia bercakap tentang kejayaan
dalam hidupnya, walaupun boring la
pulak anda mendengarnya. Adanya anda
sebagai seorang pendengar yang baik
pada masa itu adalah satu signal yang
menyatakan kepadanya bahawa, Anda
adalah seorang yang mengambil berat,
prihatin, seorang yang boleh berkongsi
hidup bersama dirinya, seorang yang boleh
diharapkan, anda seorang yang amat
pengasih dan dia pasti selesa dan
suka bersama anda!