Januari 01-09 ~ Anjing


Januari 10-24 ~ Tikus


Januari 25-31 ~ Singa


Februari 01-05 ~ Kucing


Februari 06-14 ~ Merpati


Februari 15-21 ~ Kura-kura


Februari 22-28 ~ Harimau Bintang


Mac 01-12 ~ Monyet


Mac 13-15 ~ Singa


Mac 16-23 ~ Tikus


Mac 24-31 ~ Kucing


April 01-03 ~ Anjing


April 04-14 ~ Harimau Bintang


April 15-26 ~ Tikus


April 27-30 ~ Kura-kura


Mei 01-13 ~ Monyet


Mei 14-21 ~ Merpati


Mei 22-31 ~ Singa


Jun 01-03 ~ Tikus


Jun 04-14 ~ Kura-kura


Jun 15-20 ~ Anjing


Jun 21-24 ~ Monyet


Jun 25-30 ~ Kucing


Jul 01-09 ~ Tikus


Julai 10-15 ~ Anjing


Julai 16-26 ~ Merpati


Julai 27-31 ~ Kucing


Ogas 01-15 ~ Monyet


Ogos 16-25 ~ Tikus


Ogos 26-31 ~ Kura-kura


September 01-14 ~ Merpati


September 15-27 ~ Kucing


September 28-30 ~ Anjing


Oktober 01-15 ~ Monyet


Oktober 16-27 ~ Kura-kura


Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang


November 01-16 ~ Singa


November 17-30 ~ Kucing


Disember 01-16 ~ Anjing


Disember 17-25 ~ Monyet


Disember 26-31 ~ Merpati




Anjing:


Kamu memang seorang yang setia dan manis
orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh
disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan
adalah kekuatan kamu, malahan di dalam
kerjaya kamu memang boleh dipercayai.
Kamu adalah orang yang sederhana dan sering
bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang
akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman
suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di
dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan
mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari
pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang
mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak
mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti
yang baik.





Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun,
sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak
dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka
berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang
mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang
kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan
ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu
begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang
sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan
kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu
di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas
dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu
ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat
dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan
aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan
memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang
paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan
disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala
begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan
damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari
tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap
sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam
situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi
apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah
mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing
memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam
berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya
bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan
begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa
dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti
hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan
hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang
disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu
juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu
melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi
kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu
dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai
latihan praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa
riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya.
Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan
senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan
teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang
gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang
sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur
dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!



Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri..
Kamu boleh berhadapan dengan tekanan
dengan tenangnya. Kamu juga boleh
menghadapi setiap senario yang menguji
kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk
melepaskan geram. Kadang-kala, kamu
ini kejam orangnya. HmmmâEURO|kamu suka
bergosip tetapi hanya bersama dengan
teman-teman yang kamu percayai sahaja.
Mereka yang bernaung di bawah harimau
bintang adalah begitu teratur dan kemas
orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu
mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan.
Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang
pertama yang mereka car i.



Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif!
Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang
sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian
kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat
dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir
sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata
hati yang kuat dan itulah yang menjadi
penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu,
mereka yang bernaung di bawah monyet memang
begitu bijak mencari wang dan begitu pandai
mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.