Rahsia Warna Kegemaran
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna
yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau
warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran
dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?
Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong
Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong
sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam
banyak hal. Mendambakan ketenangan dan
ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan
dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana
kamu cenderung menyembunyikan perasaan.
Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong
Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong
seseorang yang sangat romantik,menyukai keindahan,
menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip.
Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman
hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa
kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang
dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri
kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban
mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu
lemah dan bodoh.
Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran
Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran
kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar
luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu
adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan
zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental
yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.
Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah
Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah
orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna,
banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak
pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang
memerlukan bantuan kamu.
Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja.
Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja.
Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai,
maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu
tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar
dan merebut cinta kamu
Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa.
Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa.
Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan
lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri.
Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu
berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan
yang sukar jatuh cinta.
