Sememangnya terlalu banyak rahsia yang
tersemadi pada tangan Kita…
Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja
Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya
Cuba perhatikan setiap garisan pada
tapak tangan korang Dan bandingkan dengan
garisan yang dinomborkan seperti di atas…
Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.
Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang
dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..
And of course la bentuknya juga berbeza-beza..
Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya.
So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!
Rajah di atas antara ‘rahsia’ tapak tangan
yang agak popular jugaklah kan...
Garis-garis bernombor mewakili:
1. Kehidupan
2. Kecergasan
3. Cinta
4. Kejayaan
5. Matahari
6. Kesihatan
7. Perkahwinan
8. Bilangan anak
9. Perjalanan
10. Kewangan
11. Mewakili 25 tahun usia
Ok... Mari kita lihat penjelasan setiap garisan...
Rajah di atas antara ‘rahsia’ tapak tangan
yang agak popular jugaklah kan...
Garis-garis bernombor mewakili:
1. Kehidupan
2. Kecergasan
3. Cinta
4. Kejayaan
5. Matahari
6. Kesihatan
7. Perkahwinan
8. Bilangan anak
9. Perjalanan
10. Kewangan
11. Mewakili 25 tahun usia
Ok... Mari kita lihat penjelasan setiap garisan...
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan
kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang
garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang
itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis
yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah
hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan
dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu
untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang
pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, Ia
memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja
keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu
berupaya untuk belajar dengan lebih gigih..
Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan
dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang
yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan
kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan
percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai
satu garis yang panjang Dan lurus, Ia
menunjukkan bahawa kamu setia dalam
percintaan Dan mungkin hanya mengalami
satu episod cinta saja. Manakala sekiranya
garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang
lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai
beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum
menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,
Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus
ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan
lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor
4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja?
Kadangkala terdapat sesetengah orang yang
mempunyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan
mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang
dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh
mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak
tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang
kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya
kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan
kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan
kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih
kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa
yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka
ini mudah mendapat kejayaan.
ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah
yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus.
Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan
tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga
sebaliknya....
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala
ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu
diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan
yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan
wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi
yang kedua Dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat
untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba
masanya nanti. Berapa orang anakkah yang
kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya?
Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira
berapa banyak garisan halus Dan pendek yang
kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah
bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat
terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah
anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu
kehidupan yang mencabar, suka merantau atau
melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya
kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup
jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada
garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya
kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan
mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan
yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali Ia
mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh.
Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini
dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu
memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan
yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan
kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis
seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis
membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat
kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu Ada Dan
ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan
terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?
Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari
kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya
rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan
di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu
sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan
jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu
boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya
kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya…
Bermaksud Ia tidak rapat Dan renggang… Maknanya
kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala
kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau
bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut!
Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua
jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini
kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri!
Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang
tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana
pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu
fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba
perhatikan setiap garisan pada tapak tangan
korang dan bandingkan dengan garisan yang
dinomborkan seperti di atas… setiap garisan
mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan
la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu
terdapat pada tapak tangan korang.. and of course
la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang
jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’..
jangan tersalah tilik, sudah la!
