Terdapat enam kategori wangian yang boleh
menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

BUNGA-BUNGAAN :-
Dengan aroma wangian bunga-bungaan
yang akan memperlihatkan diri kamu
lebih feminin dan romantik.


BUAH-BUAHAN :-
Bauan segar dari aroma buah-buahan
memperlihatkan diri kamu lebih segar
dan bersemangat.


OCEANIC :-
Wangian moden yang menggunakan
elemen sintetik yang melahirkan
bauan yang menjurus kepada lautan
dan individu yang menggemari bau-bauan
sebegini tergolong antara individu
yang cintakan persekitaran.


HIJAUAN SEMULAJADI :-
Memberikan kesegaran dan tenaga,
justeru wangian ini melambangkan
kamu adalah individu yang gemarkan
aktiviti luar !


ORIENTAL :-
seksi, eksotik, dan gigih mungkin
itulah definasi yang mampu
menggambarkan individu yang gemarkan
bauan sebegini, bau-bauan seperti musk,
vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras
tergolong dalam kategori ini.


KAYU-KAYAN :-
wangian yang mempunyai unsur bauan
saperti kulit kayu, lumut atau
benda-benda lain yang kamu boleh
jumpai didalam hutan adalah tergolong
dalam kategori ini. Ternyata individu
yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka
gemarkan kebebasan dan mungkin mereka
juga terdiri dari individu yang agak lasak.