PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau
pasti menjadi pilihan individu
yang gemarkan ketenangan.
Walaupun terpaksa memperuntukan
sejumlah wang yang agak banyak yang
agak banyak untuk merealisasikan
percutian ini, itu tidak menjadi
halangan! Apa yang pasti, kenikmatan
dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah
gambaran tepat mengenai personaliti
individu yang gemarkan percutian ke
destinasi-destinasi sebegini. Selain
itu, individu yang tergolong dalam
kategori ini juga memiliki jiwa yang
agak sensitif, justeru tidak hairanlah
sekiranya orangnya agak sensitif perasa
dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering
membuatkan individu di sekeliling mudah
jatuh hati dengan individu ini. Tidak
hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai
peminat. Walau bagaimanapun individu yang
memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya
bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa
berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan.
Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran
dan keikhlasan individu ini tidak perlu
diragui lagi oleh pasangannya.



BANDAR-BANDAR BESAR

Lain orang lain persepsinya. Percutian
di bandar-bandar besar mungkin digemari
oleh segelintir individu. Ada yang
berpendapat percutian di bandar-bandar
besar ini mampu memberikan satu kepuasan
yang agak eksklusif. Sudah tentu di
bandar-bandar besar sebegini memiliki
serba-serbi kemudahan yang memuaskan
dan sekaligus memudahkan perjalanan
percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di
bandar-bandar besar ini dikatakan
memilliki sifat yakin diri sendiri
dan mereka tergolong dalam kategori
individu yang optimis. Kadangkala
agak keras kepala dan ada kalanya
sukar menerima pandangan dan pendapat
orang lain. Selain itu soal kewangan juga
harus dipandang serius kerana mereka terlalu
mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara
yang tidak berfaedah, pendek kata
orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup
individu yang tergolong dalam kategori
ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan
topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen
soal ini. Walau bagaimanapun, individu di
sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana
mereka yang tergolong dalam kategori ini
dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi
pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang
juga, ada segelintir goilongan dewasa yang
gemarkan percutian ke taman-taman tema ini.
Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari
sehingga sanggup menghabiskan masa seharian
dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di
destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam
kategori ini memiliki ramai teman. Mereka
gemar menghabiskan masa diluar bersama
teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan
mereka individu yang sangat disenangi.
Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor
mengapa ramai yang gemar mendampingi individu
yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan,
ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan.
Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya
dikehendaki membincangkan sesuatu perkara.
Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur
kerana individu yang tergolong dalam kategori
ini dikatakan seorang yang tabah dan rela
berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.


BANDAR / KOTA BERSEJARAH

Bandar bersejarah merupakan tempat utama
mencari ilham bagi mereka yang berjiwa
patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup
menitiskan air mata tatkala mengingatkan
pengorbanan para pejuang dahulu kala
mempertahankan negara tercinta. Contohnya
Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbanan
yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut
oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak
dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah
umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang
abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan.
Dari segi penampilan,mereka lebih gemar
berpakaian ringkas dan sempoi contohnya
seluar besar, baju besar, beg besar dan
bersandal nipis. Mereka ini persis seniman
jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala
membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat
secara telus. Dan ini amat membimbangkan
sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami
dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri
mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini
sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala
 mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih
sayang terhadap pasangan.


GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan
menhabiskan masa di kawasa hutan
merupakan saat paling indah bagi
mereka yang berminat denga aktiviti
lasak. Malah, peluang dapat bersama
teman-teman menhabiskan cuti hujung
minggu di kawasan pergunungan merupakan
pengalaman paling manis bagi mereka. Satu
kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya
impian untuk menawan puncak gunung yang
menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah
sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang
banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah
ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar
menghabiskan masa di kompleks membeli belah
atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman.
Pada pendapat mereka, sikap begini hanya
mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa
makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan
aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang
yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari.
Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan
diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini
bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang
mampu hidup berdikari tanpa bergantung
kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa
mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti
lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat
yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis
ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta
atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan
yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita
bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita
sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak
memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah
terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika
individu seperti ini lebih senang menjalinkan
cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali