1. Kecantikan seorang wanita ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan
seorang lelaki ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang
yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan
berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari
kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan,
sebahagian diatasi dengan berkhawin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia
masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga
harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda
kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika
ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan
kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia
ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia
sudah memperolehinya, ia menginginkan
segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan
perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan
dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya,
maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam
menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia
tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan
lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia
tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan
gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal
di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan
harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat
cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat
lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah
jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi
semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan
seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak
berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada
saat perkhawinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan,
suami dan isteri banyak berbicara dan para
jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun
wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga
mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus,
munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang
menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami
meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila
ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan
yang mencintainya.