1. Jika lelaki menyendiri dan
menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan
di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta
yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa
kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh
simpulkan dia sedang tertekan, berbeza
dengan anda, dalam keadaan tertekanlah
segala rahsia akan diceritakan. Anda
melakukan begitu untuk meraih simpati.
3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia
sekejap saja. Emosi pada orang lelaki
umpama getah, sekejap saja telah kembali
ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak
pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala
anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda
pun mengambil masa yang lama.
4. Apabila lelaki suka menyendiri dan
berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya
yang tergugat. Biarkan sahaja untuk
tempoh-tempoh tertentu.Usah 'gatal-gatal'
sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya
perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil
langkah seterusnya. Anda kelam- kabut,
maka itu anda mudah marah, cemburu dan
merajuk apabila berdepan dalam situasi
begini. Ohhh, itu silap.
5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan
diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau dalam
keadaan demikian. Dan usah risau sangat
kalau lelaki anda cuba berjauhan dari
anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab
semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu
berbeza sekali dengan anda, yang suka
dan berasa tenang bersama keluarga?
6. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk
sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
7. Lelaki itu cara fikirnya makro,
iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai
penilaian bersifat mikro iaitu melihat
sesuatu secara terperinci. Maka itu,
usah hairan, terkadang suami selamba
dengan masalah yang anda rasakan cukup
berat. Anda telah kering air mata sedangkan
dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
8. Jika berlaku pertengkaran selalunya
dia akan melawan habis-habisan dan anda
pula mengalah dan pura-pura setuju demi
perhubungan. Usah terasa teruk sangat
dengan keadaan ini, lelaki memang begitu,
sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa
dilihat menang walaupun hatinya mengakui
kesilapannya dan mahu berubah mengikut
apa yang anda perkatakan.
9. Walaupun anda tahu anda benar dan
anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah
semua pertengkaran dan perselisihan
dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf?
Usah harap. Lelaki memang berat untuk
meminta maaf terutama daripada pasangannya.
Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta
maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal
apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk
lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
10. Satu lagi yang anda patut tahu tentang
lelaki ialah mereka memang suka memberi
arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.
Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri
dengan berleter hingga anda sendiri berasa
puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di
hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
11. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran.
Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.
Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam
bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening
dengan leteran anda.
12. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat
naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah
betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang
lelaki.Tidakkah anda setuju jika dikatakan,
adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak
tentang lelaki?
13. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan
ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara
antara lelaki dengan wanita, agar apabila
disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan
lantaran saling sempurna menyempurnakan -
lengkap melengkapi. Semua kekurangan
isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua
kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."