LATTE
Sofistikated adalah keperibadian
paling jelas yang dapat dilihat
dalam diri individu yang gemar
menikmati minuman ‘Latte’ ini.
Selain itu sikapnya yang sentiasa
bersifat ingin tahu dan sentiasa
ingin belajar secara tidak langsung
turut memperlihatkan dirinya yang
terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari
minuman ini, aduh…beruntunglah anda
kerana dia seorang yang romantik dan
jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan
sentiasa dengan pasanggannya dan akan
sentiasa cuba melakukan yang terbaik
demi mengukuhkan lagi perhubungannya.
KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan
sendiri. Si penggemar kopi biasanya
memiliki keperibadian yang menyakinkan.
Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri
membolehkan mereka maju dalam apa jua
bidang yang diceburi. Namun mereka ini
juga memiliki sikap berjimat cermat yang
teramat sangat sehingga ada yang menganggap
mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut
kepada orang lain tapi bukan pada dirinya
sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya.
Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki, semuanya barangan berjenama!
Opps…dalam subjek mencari pasangan pula,
mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati,
jangan sampai orang lain bosan pula untuk
mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.
KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk.
gayanya juga bagaikan tak terurus dek
kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu
ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh
dikatakan setiap waktu yang ada akan
dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan
kerja-kerja yang dirasakan agak penting.
Ingat, anda juga perlu meluangkan masa
untuk merehatkan minda. Anda bukannya
robot yang mampu melakukan segala-galanya
tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan
sikit gaya penampilan anda itu agar orang
lain berasa selesa berdampingan dengan
anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa
meginginkan perhatian dari anda. Jangan
sampai si dia berasa bosan dengan sikap
anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan
individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun
jadual harian anda agar hari anda berjalan
lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit
masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan
menonton wayang bersama!
TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama
pada kelompok individu ini. Mereka bijak
menguasai keadaan dan tidak hairanlah
sekiranya mereka mempunyai ramai teman.
Selain itu, muzik adalah teman setianya.
Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah
sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu
dia tidak ditemani oleh mana-mana teman
kerana peluang bersendirian yang ada itu
digunakannya untuk menghayati muzik
kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa
mendapat perhatian anda kerana anda
sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik
untuk diri anda Syabas!
MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran.
Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian
yang agak keanak-anakan dan setiap bual
bicara yang meniti di bibirnya pasti
mempunyai unsur jenaka. Individu yang
tergolong dalam kategori ini disifatkan
sebgai individu yang sukar bersikap serius,
boleh dikatakan setiap detik dan saat,
tumpuan di dalam mindanya itu lebih
kepada unsur-unsur keseronokkan dan
mencari hiburan. Mereka juga gemar
bersosial dan tidak gemar hidup
bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya
mereka tidak mempunyai sehingga ke hari
ini. Mana tidaknya, individu yang cuba
untuk mendekatinya sentiasa merasa
ragu-ragu untuk serius bercinta dengan
si penggemar _Mocha ini. Sikap
keanak-anakannya itu tentu sekali tidak
menyakinkan pasangan bahawa individu itu
telah bersedia untuk serius dalam percintaan.
Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan
pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.
MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa
saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan
bahawa anda tergolong dalam kategori yang
gemar bersosial dan berhibur bersama
teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul
dengan teman-teman akrab anda dan boleh
bersantai bersama mereka hingga berjam-jam
lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya
pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin
cuba tampil denga idea-idea baru dalam
melaksanakan tugasan anda. Namun awas,
minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.
MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan
dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan
bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang
dari usia sebenar anda. Namun anda tidak
pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang
lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki
matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa
berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun
terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam
rintangan. Teruskan usaha anda itu.