Pisces:
Kamu suka menu makanan siang yang
banyak mengandungi air dan sebelah
malamnya pula kamu gemar menikmati
makanan-makanan berminyak dan bersos.


Aries:
Kerana terlalu sibuk beraktiviti,
kamu tidak berkesempatan memikirkan
soal makan. Kebiasaannya kamu akan
makan setelah perut mu benar-benar
lapar atau berbunyi-bunyi sebagai
isyarat bahawa telah tiba waktu makan.


Taurus:
Aroma masakan sering membuat kamu
tidak dapat menahan selera makan mu.
Kamu rela menghabiskan waktu yang agak
lama untuk benar-benar menikmati makanan
kegemaran mu!


Gemini:
Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap.
Ketika mulut penuh dengan makanan pun
tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh
berhenti tapi bercakap harus diteruskan!


Cancer:
Disebabkan sikap mu yang sukar untuk
diramal secara tidak langsung membuatkan
jadual pemakanan mu berubah-ubah.
Kamu makan sesuka hati ada kalanya
kamu hanya makan dua kali dalam sehari.


Leo:
Kamu amat menggemari makanan-makanan
mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut
jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan
tertentu dan terus membenci makanan-makanan
yang tidak tergolong dalam kategori makanan
kegemaran mu.


Virgo:
Bentuk badan sempurna penting bagi kamu.
Kamu sering memeriksa label nutrien yang
terdapat pada bungkusan makanan yang kamu
pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna
dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!


Libra:
Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan
kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu
inginkan hidangan itu disajikan dengan
cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya
disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut
memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka
makan berlama-lama kerana setiap suapan
yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati
sepenuhnya.


Scorpio:
Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu.
Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi
kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat
badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup
yang menyala-nyala akan turut membakar lemak
di dalam tubuh mu.


Sagitarius:
Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan
kegemaranbiasanya lain dari yang lain.
Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang
baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.


Capricorn:
Kamu adalah individu yang berwawasan dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Kamu suka makan secara bersederhana dan
mengambil makanan mengikut jumlah yang
diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia
kepada sesuatu produk makanan sahaja.


Aquarius:
Individu di sekeliling mu ternyata menyukai
sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya
menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu
sering memilih makanan yang tidak menjadi ?
favourite? para tetamu yang hadir. Kamu
juga dikategorikan sebagai individu yang
gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang
kamu cuba agak pelik dan tidak pernah
dibuat orang!