Tidur Telentang
dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat
untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas
dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain.
Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga
keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta
mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.





Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun
hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu
yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya
kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa
meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering
meracau sewaktu dalam tidurmu.





Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang
kepala dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap
terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima
perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri 

walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam 
diri kamu memang dipuji.




Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering
menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi
untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan 
cinta telah lama hilang dalam hidupmu.




Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah 
antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. 
Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati
supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan
meradang terhadap individu berkenaan.




Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan 

merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. 
Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih 
ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. 
Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar
sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang.




Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring
dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, 

bersopan santun,lebih jujur dan penyayang. Walau 
bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% 
di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri
yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima
kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. 
Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan 
akan menjadi milik mu yang abadi.




Tidur meringkuk di satu arah
Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang 

yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam 
setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk
merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring
pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya 
di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.




Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar.
Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros
namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak
kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada
dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam
cerita rekaan mu baru-baru ini?




Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam,
kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit.
Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu
lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah
individu yang lalai dan tidak teratur!