Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati.
Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak.
Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan
itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik
sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang
yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal
kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!



Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu!
Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan.
Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan
itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar,
itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang
dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu.
So, usahlah diragukan cintanya!



Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau
lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat.
Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. 

Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga 
kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan!
Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan 
tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga,
kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan
terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!



Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi 
di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan 
si dia seorang yang periang dan susah nak tengok
dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga 
gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara 
perkara utama untuk memastikan sesebuah
perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat 
dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!



Makan sambil kerap Tengok jam tiap kali makan
selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang
dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, 
bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu 
dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa
dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok
saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu 
dia tak suka seseorang yang lembap.



Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan
macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya.
Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja
yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia
merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan 

bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. 
Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak 
menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk
cuci mata. Nahas kamu nanti!