1) Kenapa lelaki selalu kata
nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia
ambil berat, dia cintakan anda,
inilah biasanya definisi cinta
bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak,
bila aku kerja kuat dan ada
pendapatan yang stabil, aku,
pasangan dan keluarga aku akan
hidup dengan selesa, semua ini
sebab aku sayang, cinta dan
ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa
yang dijanjikan, mungkin dia sibuk,
terlupa atau anda boleh tuduh/kata
atau rasa anda seolah-olah tak penting
dalam hidup dia. Namun itu TIDAK
bermakna dia tak cintakan anda!



2) Lelaki tak suka anda bersikap
seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik,
jaga semua keperluan dia hingga ke
perkara yang kecil-kecil. Banyak benda
yang dia boleh buat sendiri dan anda
boleh/perlu memberi sokongan untuknya
melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu!
Kalau anda bersikap seolah-olah ibu
yang menjaga segalanya untuk dia,
percayalah dia akan mula mencari
cinta yang lain.



3) Perasaan harga diri lelaki antaranya
datang dari kejayaannya dalam karier
dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda
memberikan masa, peluang dan ruang
untuk dia bercakap tentang kejayaan
dalam hidupnya, walaupun boring la
pulak anda mendengarnya. Adanya anda
sebagai seorang pendengar yang baik
pada masa itu adalah satu signal yang
menyatakan kepadanya bahawa, Anda
adalah seorang yang mengambil berat,
prihatin, seorang yang boleh berkongsi
hidup bersama dirinya, seorang yang boleh
diharapkan, anda seorang yang amat
pengasih dan dia pasti selesa dan
suka bersama anda!

for gurlz n sape ader kawan laki
tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki
nak kumpul duit nak bayar mas
kawin le? hantaran la. Dah tu mas
kawin & hantaran tu letak tinggi
mengalahkan artis. Cam nak jual
anak jer. Kita makan megi jer nak
kumpul duit tu bukannya pompuan tau.
Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita
sebelah mata jer . Pompuan karang ni
mana yang tahan turun naik bas? Jatuh
standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?
ada duit abangku sayang,
takde duit bo layan!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi?
camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure
sekarang ni. Nak kena masuk
kursus le. Ujian HIV le.
Pastu ada keluarga si dia
tak sukakan kita. Nak ajak
kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai
ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni
tanggungjawab terhadap diri
sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah
cukup sejak dapat ?impi basah?
yang pertama tu kita dah expert.
Tapi ilmu rumahtangga?
soal-soal pompuan belum khatam lagi.
Kang rumahtangga huru-hara..
orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah".
nak kena tanggung keluarga lagi,
Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.
Kena bimbing pulak lepas tu nak kena
tanggung semua dosa isteri, dosa
sendiri tak tertanggung nie pulak
nak tanggung dosa isteri.
Berat tanggungjawab ni.
Bukan senang yang pikul dosa orang.
 Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki.
Pantang nampak laki kaya jer? tak
kira ler laki orang ker?.
duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara kena fikirkan dulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab
lelaki ni lebih besar. Pompuan
semua laki yang tanggung.
Belum kawin bapa & saudara lelaki yang
tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena
reject jer. Tah apa yang pompuan
dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah".
kalau dia suka kat kita tapi
tak habih2 nak merajuk dan marah
macam kita nie suka sangat.
Pompuan ini sikit-sikit majuk.
Anak kucing dia ilang sehari pun
dia majuk. Macam la kita yang curik
anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk
kena beli hadiah , bawa jejalan,
makan-makan?.abis tu bila duit kita
nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah".
nie kita suka dan nie kita tak suka, 
tapi masih dia buat juga yang kita tak suka.
Pompuan selalu suka buat apa yang
kita tak suka. Macam mana kita boleh
tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta".
nanti terluka susah la.
Sebenarnya dah memang terluka.
Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki.
Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah".
kejap suka kejap tidak
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.
Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah
kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah"
awek saya tu ader master atau phd malu la..
takkan kita yang ada SPM ni jer nak
terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak
bapa dia dah reject.

20. "Perempuan Mainkan Perasaan".
Saya suka sangat kat dia,
tapi dia tak suka kat saya
Pompuan suka bermain-main ngan
hati lelaki yang suka kat dia.

- Cinta -
Kita memang mengharapkan dia
menjadi milik kita. Segala
apa yang kita buat, kalau boleh
nak dia tahu.. dan kita seboleh
mungkin tak nak sakitkan hati dia.
kita akan sentiasa berfikir tentang
dirinya. (dalam erti lain : cinta
di tujukan kepada seseorang yg kita
selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya
kita akan rasa sunyi dan kita cintakan
sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas
kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


- Sayang -
Kita memerlukan dia di masa kita
mahukan seseorang untuk berkongsi
rahsia dan kisah duka kita. selalunya
kita akan sayangkan seseorang yang
menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan
kepada seseorang yang boleh membuangkan
masa dia untuk mendengar dan memeningkan
kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak
boleh menyakitkan hati dia kerana kita
bukannya cinta kepadanya)


- Minat -
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik
kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada
seseorang yang ada sifat, peribadi atau
barang yang kita mahukan)


- Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar.
Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan
dia, kita rasa nak tergelak sampai nak
pecah perut. Tapi, kita taklah rindu
sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada
seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada
kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya
keng kita dah nak pecah)


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat,
suka dan sayang kita tidak akan CINTA
pada seseorang itu...

Jangan engkau kahwini wanita yang enam,
jenis yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini
yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu
dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap
suami. Wanita ini sering menyatakan,
"Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada
suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari
suami yang lain.


Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang
itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang
hari mengilatkan dan menghias mukanya,

kedua dia marah ketika makan dan tidak
mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah SAW akan hal tersebut,
jawab baginda , " Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.
Dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke
rumah lalu diberikan kepada keluarganya)
maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke
dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan
70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

1. Luahkan /kongsi masalah dengan orang lain

2. Luaskan pergaulan

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti,
persatuan dan kelab

5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya

6. Berkongsi hobi atau kegemeran dengan
keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan

7. Jaga kesihatan diri

8. Bersenam selalu

9. Makan makanan yang seimbang
dan minum air yang banyak

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.
Eratkan ikatan kekeluargaan

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar

12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira

13. Berbincang mengenai permasalahan
keluarga/isu-isu semasa

14. Bersikap realistik tentang perubahan
di dalam pelbagai aspek

15. Sentiasa cuba untuk bersikap positif

1.Anda tulislah 10 pucuk surat
dan anda poskan kat diri anda sendiri,
pastu balaslah balik kesemua surat-surat
tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada
filem-filem Hindustan dan juga
drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam
majalah-majalah atau buat sesi
berkenalan tepi-tepi jalan... .
Bukak lah warong khas untuk sesi
interview tuh... Alaaa... bunga
bukan sekuntum, kumbang lak
berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik...
Nanti bila itik dah bertambah, pasti
akan lupa kat pasangan anda tu,
sebab terlalu sibuk menjaga
itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja...
Bantai overtime bebanyak...
Bila duit dah berjuta nanti,
cari ajer yang lain, kawin terus,
senang hidup tak payah susah-susah
nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya
setia ngan anda... buat ler lawak
giler yang tak masuk di akal,
pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x...
ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan
anda tuh, anda pi cari tangga,
alaa cari je lah kat umah mana-mana
atau pun bangunan berhampiran,
buat-buatlah terjatuh dari tangga,
sampai terus hilang ingatan,
nescaya ler.. akan lupakan terus
pasangan anda tuh... dengan diri
sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan anda masih ada,
pi je rumah jiran sebelah, minjam
tukul, pastu buat ler tak tau sambil
ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE:
A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul,
curikk je, pastu lari ler..takkan
dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

B.Kalo susah sangat...
hantuk je kepala tu kat dinding rumah,
buat ler sampai rasa dah bosan dengan
hantukan tuh...

10.Gantung gambar si dia kat dinding ..
kutuk, karate, gusti, gigit, mamam,
telan... buat lah apa-apa je asal
hati rasa pueh..

p/s: amacam?canggihkan idea ni...
hehehe. sungguh mujarab...
belum cuba belum tahu,
dah cuba mesti tak mahu cuba lagi

SELAMAT MENCUBA

1. Bila si dia sibuk...
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh
meminta si dia menjemput kamu di
tempat kerja ataupun menemani kamu
pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego...
Jangan sesekali kamu mempersoalkan
tentang keegoan bila sikap sebegini
sedang menguasai dirinya. Lelaki
amat payah utk mengakui dirinya ego
sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi
pantai ataupun makan malam di bawah
cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat
manis pertemuan pertama dan jgn lupa
selit sekali perancangan utk masa
depan bersama.

4. Bila si dia panas baran...
Jgn membuat sesuatu yg boleh
menyemarakkan lagi perasaan marahnya.
Cuba kamu berdiam diri dulu sampai
kemarahan reda.

5. Bila si dia penat...
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita
tentang hal yg remeh. Dalam saat
sebegini si dia hanya perlu rehat yang
secukupnya dan jgn memaksa dia membuat
sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa
tidak puas hati kamu tentang sikapnya
itu. Kamu patut bersikap terbuka dan
memintanya supaya mengimbangi pendapat
kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi
antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong...
Kalau kamu memberontak, pasti akan
dimarahinya. Tapi kalau menurut saja
katanya takut menjejaskan diri sendiri.
Utk itu, kamu perlu berkata padanya
utk membiarkan kamu membuat keputusan
sendiri asalkan tidak menjejas
hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba...
Cuba tarik perhatian si dia.
Contohnya membuat sesuatu yg boleh
menarik minatnya. Orang yg selamba ini
selalunya ingin kita yg memulakan dahulu.
Oleh sebab itu, kamu patut merancang
sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang...
Jgn tuduh tanpa usul periksa.
Jika benar si dia curang,
bersemuka dan tanya dengan si dia
mengapa bersikap begitu. Tapi kalau
si dia tetap dengan keputusannya,
eloklah kamu sendiri yg berundur
dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan
ke atas dirinya tetapi jgn sampai
memperlekehkan setiap tindak tanduknya.
Kamu patut menjadi perangsang padanya
dan mengatakan yg si dia mampu membuat
keputusan sendiri tanpa mengharapkan
org lain sangat

Jika anda seorang wanita,
carilah lelaki yang mempunyai
sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki,
jadilah seorang lelaki yang
mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu,
kerap berjemaah dan solat
pada awal waktu. Auratnya
juga sentiasa dipelihara
dan memakai pakaian yang
sopan. Sifat ini boleh
dilihat terutama sewaktu
bersukan.


2. Akhlaknya baik.
iaitu seorang yang nampak
tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah
bertolak ansur. Pertuturannya
juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya.
Tidak berkunjung ke tempat-tempat
yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah.
tidak mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros.
tetapi tidak kedekut.
tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata.
tidak melilau matanya dengan melihat
perempuan lain yang lalu lalang
ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas.
tidak mengamalkan cara hidup
bebas walaupun dia tahu dirinya
mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab.
Lihatlah dia dengan keluarga
dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang.
tidak kira semasa bercakap atau membuat
kerja atau masa kecemasan.

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup,
mencintai sesama dan seluruh alam
semesta akan membuat kita terasa
lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi
hal yang semestinya kita lakukan dalam
kehidupan. Salah satunya memberikan
rasa hormat kita pada orang lain.
Membuat orang senang itu menyenangkan,
let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup.
Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah
memberikan hidup pada kita. Mari jadikan
hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi
punya tanda minimal, yakni senyum.
Orang yang berbahagia selalu menunjukkan
senyumnya yang paling manis. Bukankah
senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENESS
Banyak orang stress gara-gara tak bisa
memaafkan dirinya sendiri dan orang lain.
Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang
akhirnya membuat ia tertekan. Padahal
jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu
tidak sepi adalah dengan berbagi.
Berbagi apa saja, curhat sama teman,
berbagi kasih sayang dengan anak
yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti
nelayan yang selalu menambal jala
sebelum terjun ke laut. Jujur mampu
membuat hidup kita lebih ringan,
tak ada beban untuk menutupi
kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup
kita lebih ringan, ketulusan
membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan
Tuhan pada kita adalah hati.
Dengan hati, kita bisa merasakan
sedih dan senang, bisa memilih
kebenaran. Tinggal kita menjaga
hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah 
yang sangat mahal

1. Berkahwin tidak bermakna anda
tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja
mengikuti kaunseling. Tiada
apa-apa yang drastik cuma kami
dapat rasakan bahawa kami semakin
berjauhan dari segi emosi dan fizikal.
Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib
baik kami berdua cepat sedar dan sanggup
mendapatkan bantuan daripada mengambil
tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan
berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak
berlaku sekelip mata kerana masalah tentu
akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang
kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri
sudah tidak dicintai." Amat penting bagi
masing-masing mengucapkan perasaan cinta
dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang
sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan
masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan
seperti teman sebilik sahaja, kami cuba
terapkan kebiasaan untuk memeluk antara
satu sama lain dan bercerita setiap malam
sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran
masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa
bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari
ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala
lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya.
Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban
terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang
terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana
tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa
masing-masing akan berubah mengikut masa.
Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras,
bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan
kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju
dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus
untuk membesarkan garaj manakala isteri
inginkan sofa baru. Terimalah hakikat
bahawa masing-masing ada keinginan yang
berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin
bonus tahun ini mengikut kehendak isteri
manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak
masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka
berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan
badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah
yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga.
Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate"
masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada
kalanya tidak begitu memberansangkan.
Masing-masing seharusnya menerima bahawa
ianya bergantung kepada "mood" dan
keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan
adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi,
masing-masing menjadi begitu sensitif
dan mementingkan ego. Jika terlampau
mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan
daripada menyimpan perasaan marah terlalu
lama kerana pasangan anda mungkin akan
berubah hati. Sanggupkah anda?

1.Jika kamu melayannya dengan baik,
dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik,
dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya,
dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri,
dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia,
dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar,
dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya,
dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya,
dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu,
dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu
tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya,
dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu,
itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu,
kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya,
dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya,
kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu,
itu kerana kamu terlalu sensitif dan
terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini
pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah
semua ini tidak benar

Kepada wanita yang membaca blog info kat sini
ada beberapa tips belajar kawal
perasaan dari lelaki :-

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati
pada diri mereka sendiri. Kalau mereka
putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa
dan bila bertemu kawan, bertanyakan
teman wanitanya,dengan selamba mereka
jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.''
Kemudian mereka berlalu minum teh tarik.
Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih
banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan
tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah
kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan
kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya
biarpun hubungan cinta sudah putus.
Gadis lebih memikirkan 'hubungan
percintaan' mereka yang terputus,
kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus.
Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki,
kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan
tentang kerjaya, sukan, keluar dengan
teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap
gadis itu tidak sesuai untuknya dan
dia tinggalkan gadis itu untuk cari
gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu
peribadi kerana tidak suka merosakkan
emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak
suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak
kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal
mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil
kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu
truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan
ia truma dalam hidup mereka.

Tali leher memang mempunyai
gaya dan fesyennya tersendiri,
seperti halnya pakaian yang lain.
Anda memang bebas memilih warna
dan corak tali leher sesuai dengan
trend yang sedang berlaku. Namun,
agar tidak salah tampil, anda perlu
memahami erti corak dan warna tali
leher seperti disenaraikan.


Biru
Warna paling popular sepanjang masa,
sebagai simbol ketulusan hati,
tenang dan yang terbaik. Dan dapat
pula menggambarkan sifat yang jujur,
pekerja yang rajin dan rendah hati.
Secara psikologinya, warna ini memberi
kesan ketenangan.


Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan
cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian,
dan tanda sensualiti seseorang.


Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang
kemerahan menggambarkan tanda bahaya.


Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna
yang tidak menarik dan simbol kedukaan.
Tali leher berwarna hitam lebih dikenali
sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika
dipadukan dengan garis yang cerah akan
menjadi tali leher yang elegan.


Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang
untuk mendapatkan sesuatu.


Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.


Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai
seseorang yang berwawasan luas,
tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.


Cokelat
Warna yang kelihatan agak kotor,
menggambarkan sifat yang terbuka
dan mempunyai daya bisnes yang kuat.


Bergaris
Konservatif, teratur, boleh diharapkan,
ceria dan teman yang menghibur.


Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak,
menimbulkan kesan humor dan lucu,
apalagi dengan bulatan yang besar,
bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik


Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai.
Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Hadiah yang anda beri kepada
kawan/kekasih/isteri/suami
anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...
Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN...
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG...
Tanda mesra.

RANTAI LEHER...
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG...
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT...
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN...
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG...
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI...
Tanda cinta.

BINGKAI GAMBAR...
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU...
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA...
Tanda perkenalan dan tanda sayang.

COKELAT...
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN...
mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN...
tandanya kekasihnya itu
menyayanginya dunia dan akhirat.

Satu lagi...zaman mellinieum...

HANDPHONE...
tandanya...kau jangan lari dariku!!!!
aku kan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup... ..

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG...
tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

LATTE
Sofistikated adalah keperibadian
paling jelas yang dapat dilihat
dalam diri individu yang gemar
menikmati minuman ‘Latte’ ini.
Selain itu sikapnya yang sentiasa
bersifat ingin tahu dan sentiasa
ingin belajar secara tidak langsung
turut memperlihatkan dirinya yang
terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari
minuman ini, aduh…beruntunglah anda
kerana dia seorang yang romantik dan
jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan
sentiasa dengan pasanggannya dan akan
sentiasa cuba melakukan yang terbaik
demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan
sendiri. Si penggemar kopi biasanya
memiliki keperibadian yang menyakinkan.
Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri
membolehkan mereka maju dalam apa jua
bidang yang diceburi. Namun mereka ini
juga memiliki sikap berjimat cermat yang
teramat sangat sehingga ada yang menganggap
mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut
kepada orang lain tapi bukan pada dirinya
sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya.
Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki, semuanya barangan berjenama!
Opps…dalam subjek mencari pasangan pula,
mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati,
jangan sampai orang lain bosan pula untuk
mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk.
gayanya juga bagaikan tak terurus dek
kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu
ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh
dikatakan setiap waktu yang ada akan
dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan
kerja-kerja yang dirasakan agak penting.
Ingat, anda juga perlu meluangkan masa
untuk merehatkan minda. Anda bukannya
robot yang mampu melakukan segala-galanya
tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan
sikit gaya penampilan anda itu agar orang
lain berasa selesa berdampingan dengan
anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa
meginginkan perhatian dari anda. Jangan
sampai si dia berasa bosan dengan sikap
anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan
individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun
jadual harian anda agar hari anda berjalan
lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit
masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan
menonton wayang bersama!

TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama
pada kelompok individu ini. Mereka bijak
menguasai keadaan dan tidak hairanlah
sekiranya mereka mempunyai ramai teman.
Selain itu, muzik adalah teman setianya.
Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah
sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu
dia tidak ditemani oleh mana-mana teman
kerana peluang bersendirian yang ada itu
digunakannya untuk menghayati muzik
kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa
mendapat perhatian anda kerana anda
sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik
untuk diri anda Syabas!

MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran.
Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian
yang agak keanak-anakan dan setiap bual
bicara yang meniti di bibirnya pasti
mempunyai unsur jenaka. Individu yang
tergolong dalam kategori ini disifatkan
sebgai individu yang sukar bersikap serius,
boleh dikatakan setiap detik dan saat,
tumpuan di dalam mindanya itu lebih
kepada unsur-unsur keseronokkan dan
mencari hiburan. Mereka juga gemar
bersosial dan tidak gemar hidup
bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya
mereka tidak mempunyai sehingga ke hari
ini. Mana tidaknya, individu yang cuba
untuk mendekatinya sentiasa merasa
ragu-ragu untuk serius bercinta dengan
si penggemar _Mocha ini. Sikap
keanak-anakannya itu tentu sekali tidak
menyakinkan pasangan bahawa individu itu
telah bersedia untuk serius dalam percintaan.
Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan
pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa
saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan
bahawa anda tergolong dalam kategori yang
gemar bersosial dan berhibur bersama
teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul
dengan teman-teman akrab anda dan boleh
bersantai bersama mereka hingga berjam-jam
lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya
pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin
cuba tampil denga idea-idea baru dalam
melaksanakan tugasan anda. Namun awas,
minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan
dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan
bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang
dari usia sebenar anda. Namun anda tidak
pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang
lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki
matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa
berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun
terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam
rintangan. Teruskan usaha anda itu.

Pisces:
Kamu suka menu makanan siang yang
banyak mengandungi air dan sebelah
malamnya pula kamu gemar menikmati
makanan-makanan berminyak dan bersos.


Aries:
Kerana terlalu sibuk beraktiviti,
kamu tidak berkesempatan memikirkan
soal makan. Kebiasaannya kamu akan
makan setelah perut mu benar-benar
lapar atau berbunyi-bunyi sebagai
isyarat bahawa telah tiba waktu makan.


Taurus:
Aroma masakan sering membuat kamu
tidak dapat menahan selera makan mu.
Kamu rela menghabiskan waktu yang agak
lama untuk benar-benar menikmati makanan
kegemaran mu!


Gemini:
Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap.
Ketika mulut penuh dengan makanan pun
tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh
berhenti tapi bercakap harus diteruskan!


Cancer:
Disebabkan sikap mu yang sukar untuk
diramal secara tidak langsung membuatkan
jadual pemakanan mu berubah-ubah.
Kamu makan sesuka hati ada kalanya
kamu hanya makan dua kali dalam sehari.


Leo:
Kamu amat menggemari makanan-makanan
mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut
jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan
tertentu dan terus membenci makanan-makanan
yang tidak tergolong dalam kategori makanan
kegemaran mu.


Virgo:
Bentuk badan sempurna penting bagi kamu.
Kamu sering memeriksa label nutrien yang
terdapat pada bungkusan makanan yang kamu
pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna
dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!


Libra:
Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan
kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu
inginkan hidangan itu disajikan dengan
cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya
disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut
memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka
makan berlama-lama kerana setiap suapan
yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati
sepenuhnya.


Scorpio:
Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu.
Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi
kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat
badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup
yang menyala-nyala akan turut membakar lemak
di dalam tubuh mu.


Sagitarius:
Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan
kegemaranbiasanya lain dari yang lain.
Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang
baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.


Capricorn:
Kamu adalah individu yang berwawasan dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Kamu suka makan secara bersederhana dan
mengambil makanan mengikut jumlah yang
diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia
kepada sesuatu produk makanan sahaja.


Aquarius:
Individu di sekeliling mu ternyata menyukai
sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya
menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu
sering memilih makanan yang tidak menjadi ?
favourite? para tetamu yang hadir. Kamu
juga dikategorikan sebagai individu yang
gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang
kamu cuba agak pelik dan tidak pernah
dibuat orang!

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang
kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai
rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau
untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya,
ia secara tidak langsung menterjemahkan imej
atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua
tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun,
anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan
tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC,
jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu.
Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan
pengembaraan yang adventure. Di samping itu
kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi
yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan
kegemaran yang suka mengembara, kamu memang
tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa
yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif
dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai
baju T dengan gambar personality atau artis popular
sama ada dari dalam atau luar negara seperti
Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu
digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul
bersama dengan golongan-golongan yang tertentu
sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli
apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu
gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal,
kamu merupakan seorang yang nakal dan degil.
Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu
suka gambar kumpulan baru yang popular, ia
menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru.
Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti
yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang
sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan

Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah
mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian
behati-hati terutama dalam soal kewangan
dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut.
Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang
yang simple dan tidak suka warna-warna kilat
yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang
menterjemahkan kamu sebagai seorang yang
ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi
logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap
seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk
kepada orang lain dalam pelbagai hal.
Kamu juga sangat mementingkan status dan
sangat pemilih terutama dalam memilih rakan
untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif
iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi
bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama
lingkungan kamu sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti

Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut,
menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej
kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar
kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang
yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu
juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam
masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan
keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik,
peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu
mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon

Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan.
Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa
mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang
gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang
yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa
mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu
juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati.
Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati
dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat
memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia
dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat
menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi
kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji
kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan,
kamu senang diajak bergurau dan berjenaka.
Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini,
kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa
dahagakan pujian dari orang lain, seorang
yang out-going dan sukakan kehidupan yang
happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej
kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian,
dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk
melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang
emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa
pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya
mementingkan keselesaan dan kesejahteraan
dalam hidup kamu.


Baju T Kosong

Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa
sebarang gambar hiasan atau berwarna
lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri
dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu
terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya.
Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka
dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa
sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan
lebih suka memerap di rumah

Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans
adalah seorang yg optimis & tenang,
gaya tersendiri, amat mengasihi org
yg disayangi, sanggup berkorban apa
saja tapi sering tersilap mengambil
keputusan.


Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini
agak keperempuanan, mengikuti perkembangan
semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil
keputusan, lemah lembut.


Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar
yg berwarna terang dikatakan tegas,
luas pandangan dan berfikiran matang
bila selesaikan masalah.


Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen
seluar gantung adalah lelaki yg misteri,
seleranya sukar diramal serta serba rahsia.


Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan
sebagai suka mencari perhatian,
ego tinggi tapi baik.