- Cinta -
Kita memang mengharapkan dia
menjadi milik kita. Segala
apa yang kita buat, kalau boleh
nak dia tahu.. dan kita seboleh
mungkin tak nak sakitkan hati dia.
kita akan sentiasa berfikir tentang
dirinya. (dalam erti lain : cinta
di tujukan kepada seseorang yg kita
selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya
kita akan rasa sunyi dan kita cintakan
sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas
kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


- Sayang -
Kita memerlukan dia di masa kita
mahukan seseorang untuk berkongsi
rahsia dan kisah duka kita. selalunya
kita akan sayangkan seseorang yang
menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan
kepada seseorang yang boleh membuangkan
masa dia untuk mendengar dan memeningkan
kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak
boleh menyakitkan hati dia kerana kita
bukannya cinta kepadanya)


- Minat -
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik
kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada
seseorang yang ada sifat, peribadi atau
barang yang kita mahukan)


- Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar.
Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan
dia, kita rasa nak tergelak sampai nak
pecah perut. Tapi, kita taklah rindu
sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada
seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada
kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya
keng kita dah nak pecah)


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat,
suka dan sayang kita tidak akan CINTA
pada seseorang itu...