1. Berkahwin tidak bermakna anda
tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja
mengikuti kaunseling. Tiada
apa-apa yang drastik cuma kami
dapat rasakan bahawa kami semakin
berjauhan dari segi emosi dan fizikal.
Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib
baik kami berdua cepat sedar dan sanggup
mendapatkan bantuan daripada mengambil
tindakan yang bertentangan."
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan
berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak
berlaku sekelip mata kerana masalah tentu
akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang
kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri
sudah tidak dicintai." Amat penting bagi
masing-masing mengucapkan perasaan cinta
dan mencintai.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang
sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan
masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan
seperti teman sebilik sahaja, kami cuba
terapkan kebiasaan untuk memeluk antara
satu sama lain dan bercerita setiap malam
sebelum melelapkan mata."
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran
masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa
bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari
ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala
lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya.
Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban
terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang
terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana
tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa
masing-masing akan berubah mengikut masa.
Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras,
bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan
kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju
dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus
untuk membesarkan garaj manakala isteri
inginkan sofa baru. Terimalah hakikat
bahawa masing-masing ada keinginan yang
berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin
bonus tahun ini mengikut kehendak isteri
manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak
masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka
berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan
badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah
yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga.
Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate"
masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada
kalanya tidak begitu memberansangkan.
Masing-masing seharusnya menerima bahawa
ianya bergantung kepada "mood" dan
keadaan sekeliling.
10. Perasaan Ego yang berlebihan
adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi,
masing-masing menjadi begitu sensitif
dan mementingkan ego. Jika terlampau
mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan
daripada menyimpan perasaan marah terlalu
lama kerana pasangan anda mungkin akan
berubah hati. Sanggupkah anda?