Jika anda seorang wanita,
carilah lelaki yang mempunyai
sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki,
jadilah seorang lelaki yang
mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu,
kerap berjemaah dan solat
pada awal waktu. Auratnya
juga sentiasa dipelihara
dan memakai pakaian yang
sopan. Sifat ini boleh
dilihat terutama sewaktu
bersukan.


2. Akhlaknya baik.
iaitu seorang yang nampak
tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah
bertolak ansur. Pertuturannya
juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya.
Tidak berkunjung ke tempat-tempat
yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah.
tidak mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros.
tetapi tidak kedekut.
tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata.
tidak melilau matanya dengan melihat
perempuan lain yang lalu lalang
ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas.
tidak mengamalkan cara hidup
bebas walaupun dia tahu dirinya
mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab.
Lihatlah dia dengan keluarga
dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang.
tidak kira semasa bercakap atau membuat
kerja atau masa kecemasan.