Dalam persahabatan, segelintir pendapat
mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya
lebih mudah berbanding bersahabat dengan
golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu
sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus
dalam persahabatan atau lebih berterus-terang
dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu
perkara.


Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius
yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti
kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri
hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan
lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati,
anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian
mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan
dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai
beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai
dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.
Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan
bacaan anda di masa terluang.


1. Jika anda bertanya lelaki:
"Adakah anda cintakan saya?"
selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab
"Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya,
mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan
itu seperti.....
A. "Ya, rasa-rasanyalah"
B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda
    rasa senang hati?"
C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak"
D. "Penting sangatkah?" dan
E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur
mengenai diri anda dan anda tidak payah minta
dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis
paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila
terlihat perempuan cantik di hadapannya,
dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan
hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah
takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih
teruk jika pasangan cuba merancang segala
tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak
gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu
tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang
cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan
habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan
si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan:
"Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki
tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau
tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu
pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu
duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan
segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari
berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki
tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki
di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki
cepat tersinggung dan menganggap ia satu
penghinaan besar malah mungkin satu percubaan
mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada
peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan
sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk
mengucapkannya semula sehingga wanita yang
terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya
dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik,
popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama.
Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan
teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu
kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola,
motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi
kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu
gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada
fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri
apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat
handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya
masih belum yakin sepenuhnya