HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada
bulan Hijrah anda dilahirkan,
menurut pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna,
walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik
dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka
mengakui kesalahannya.
Ibubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan
mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah
kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat.
Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana
tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan
yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian
dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani,
dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa
dia salah atau keliru maka
dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu,
kerana jika betul didikannya,
masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
Ibu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik.
Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri
dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya
semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah
mengalah semasa bermain dengan
kawan-kawan.Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua
orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya
dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam,
suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada
teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan
tabiat buruknya itu.Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana
perangai keras hatinya,dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa
terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat,
jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah,
dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Sekiranya anda mengetahui pada
bulan Hijrah anda dilahirkan,
menurut pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna,
walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik
dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka
mengakui kesalahannya.
Ibubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan
mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah
kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat.
Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana
tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan
yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian
dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani,
dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa
dia salah atau keliru maka
dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu,
kerana jika betul didikannya,
masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
Ibu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik.
Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri
dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya
semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah
mengalah semasa bermain dengan
kawan-kawan.Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua
orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya
dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam,
suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada
teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan
tabiat buruknya itu.Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana
perangai keras hatinya,dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa
terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat,
jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah,
dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan