Rahsia Bentuk Gigi
Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan
dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut
membantu memperelokkan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap
lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus!
Rupanya rongak! lah! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap
tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi
juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini
yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni ye!




Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan
suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang
kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak
syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka
orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut!
Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala
mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.Beralah sajalah!




Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam
gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya
apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini?
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang
yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang,
ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti
tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa
membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang
gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?




Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak
jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat
iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak
dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu
belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak
berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga,
seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci
kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas,
mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan
apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai
kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar
dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja
yang dibuat-buat tu. Erk! Geli Gelemannya!




Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan'
tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis
dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi
ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain.
Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh
dibawa berunding. Kata orang tu,dalam keras ada lembutnya!




Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh.
Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka
ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak
bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu.
Merekajuga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan
apa yang telah dimiliki.Sikap itu ada positifnya kerana
mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha
untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini
agresif orangnya dan ringan tulang!




Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila
dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata
dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya
itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak
cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga.
Mereka ini merupakan teman bicara yang amat
memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat
meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi
nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun
sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan.
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain




Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit.
Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka
menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka
agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan
tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu,
mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada
orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.




Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik
dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka
yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang
dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini
kerana mereka seorang kekasih yang hebat!