Rahsia Bibir Wanita
Bibir wanita memang penuh tarikan.
Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan,
terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak
si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir
yang patut diketahui.




Bibir segar dan kemerahan...
Wanita yang mempunyai bibir segar dan
kemerah-merahan secara semulajadi menandakan
dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai
menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka
dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita
ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam
pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan
kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai
wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh
menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka
dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan
tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai
raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya
yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.



Bibir yang biru (pucat)...
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini,
cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita
ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat
ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya.
Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan
pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya,
anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya
atau mengawalnya.




Bibir yang tipis...
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki
bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka
membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan
sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan
apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk
rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan
peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga
mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan
belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.
Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan
kehidupannya.



Bibir yang mungil...
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya
dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu
mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat
manja. Suka didampingi dan dibelai oleh
pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian
yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu
dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil
kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini
juga mudah dijinakkan jika pandai membaca
kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi
ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab.
Namun suka merungut dan berleter jika tidak
mendapat apa yang diingininya.



Bibir yang tebal...
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu
yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan.
Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi
jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks.
Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada
pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana
yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh
dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak
suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan
suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik
dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula
membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan
menyinggung perasaan orang dan terburailah segala
rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan
kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang
dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap
pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga
dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya,
seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk
membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap
queen-control!



Bibir sentiasa terbuka...
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi
kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja
atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin
dan mencapai prestasi yang membanggakan.
Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan
yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya
dalam setiap bidang yang diceburinya.
Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah
jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk
memiliki atau memenangi hati lelaki yang
dicintainya. Tidak segan atau malu untuk
meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan.
Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya
pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai
memanfaatkan keistimewaan diri.